Thursday, March 10, 2011

Pos ke-6 : Pembelajaran Melalui Semangat Inkuiri

Assalmualaikum. Fuh, dah nak dekat separuh tahun nampaknya saya tak pos pos baru. Rindu plak rase. Ye lah, nak buat macam mana, semnagat nak tulis blog ni kejap naik, kejap turun. Sebab memikirkan takde orang nak baca. Tapi tkape, saya akan tulis gak macam mana cara pon, selagi aku hidup. Sebab blog ni kan pasal pengalaman saya.

Tak lama lagi, result SPM dah nak keluar. Berdebar tu ada jugak la walaupun kita ni bukan calon SPM tahun lepas. Sekolah sendiri la katakan. Kalau tak silap, 23 hari bulan ni la. Apa-apa pon, moga-moga Allah mengurniakan result yang terbail untuk semua calon SPM, terutamanya calon Imtiaz :p. 


Kalau nak difikirkan balik, boleh bayang tak betapa susahnya calon SPM ni kena belajar? Start dari TOV lagi ( TOV ialah peperiksaan awal tahun di Terengganu) calon-calon dah kene struggle sampai berjalan pon dah tak balance. Pada masa tu, segala metod belajar yang ada akan cuba dipraktikkan. Ada yang baru nak cuba faham satu-satu topik atau subtopik, ada yg hafal kosong-kosong je, ada jugak yang bagus sikit, buat dah nota awal-awal. Namun, timbul satu persoalan, semanfaat manakah persediaan mereka itu sebenarnya untuk menjawab peperiksaan yang akan datang bila-bila masa nanti?




Maka, bagi mengelakkan anak murid hilang fokus untuk peperiksaan, sama ada disebabkan malas study ataupun sebab study lebih-lebih (study benda yg tak akan masuk exam), guru-guru akan mengajar anak muridnya melalui skema pemarkahan peperiksaan. Keberkesanannya terbukti kerana pelajar akan tahu direct macam mana nak jawab soalan tanpa melencong kerana panduannya jelas sekali. Malah, ada sesetengah soalan memang cara jawabnya tetap (fixed), hanya latarnya sahaja berubah. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi macam aman bentuk soalan yang dilanjutkan, teruskanlah membaca kerana perkara itu saya tak mahu sentuh lagi sekarang.


Sepertu yang diberitahu tadi, sememangnya cara pengajaran tersebut terbukti berkesan memberi markah mudah kepada para pelajar. Namun, timbul satu persoalan, sejauh manakah cara tu dapat menghasilkan rakyat Malaysia yang berdisiplin ilmu yang tinggi? Bagaimana keluaran hasil pengajaran melalui skema pemarkahan exam ni dapat mengaplikasikan ilmu dia ni dalam dunia sebenar yang penuh mencabar? Kalau dalam exam, cikgu dah pandukan pelajar cara menjawab masalah tertentu, dari A sampai Z. Namun, realitinya pada alam dewasa, sejauh mana pelajar akan mampu menghadapi dan menyelasaikan masalah yang akan menimpa secara spontan (impomtu) ? 


Maka seharusnya bagi semua pihak memikirkan kewajaran perkara ni. Sebab apa? Kita tengok saja la berapa banyak bilangan penganggur terhormat buat masa sekarang ni. Siapa mereka tu? semua yang keluar dari U jugak! Tak payah la nak kata mereka tak kuasai kemahiran sampingan sebab tak banyak masuk kokurikulm, dalam kelas pon dipandu satu-satu. Cikgu yang mengajar pula kebanyakannya jarang membongkar atau mendedahkan kepentingan belajar sesuatu topik, biasanya mereka hanya akan kata "awak buat je camni. dah sampai step ni dapatla 3 markah". 


Teringat saya akan satu ayat Allah dari surah Ali Imran :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."

(Ali Imran, Ayat 190 dan 191)

Sekarang, bagai manakh kita mendefinisikan orang bijak pandai? adakah orang bijak pandai ni dikukr melaui markah exam semata-mata? Adakah mereka ni diukur dengan sejauh mana dia dapat jawab ikut skema exam? Tidak! Mereka diukur dengan sejauh mana mereka dapat berfikir secara spontan berbekalkan ilmu dalam dada bagi menyelesaikan masalah umat. 

Pada hemat saya, semua golongan pendidik dan pelajar haruslah sedar bahawa gagalnya seseorang pelajar menjawab satu-satu soalan bukan kerana mereka tak mampu nak jawab ikut skema? tidak, janagn tanamakan dalam minda pemikiran yang sebegitu rupa! Golongan penimba ilamu di sekolah di Malaysia sebenarnya gagal menunjukkan minat terhadap pelajaran yang akan diajar. Tak lain tak bukan, ini semua kerana objektif pembelajaran yang gagal disasarkan untuk pelajar memahami sesuatu kejadian sebagai zatnya, bukan untuk jawab soalan semata-mata.

Ingat tak tadi saya ada cakap pasal jenis soalan yang cara jawabnya memang fixed, kalau berubah pon mungkin dari segi terminologi saja. Contoh yang saya ingin ambil ialah dari soalan Sains Tingakatan 3.

Katakan lah ada satu eksperimen. Beberepa buah bekas dengan keluasan mulut yang berbeza digunakan untuk  diisi ke dalamnya air sebanyak 30ml setiap satu bekas. Setiap bekas akan diletakkan bawah panas cahaya matahari. Masa untuk air kering sepenuhnya akan direkodkan. Ringkasnya:


Pembolehubah Manipulasi : Saiz mulut bekas


Pembolehubah bergerakbalas : Masa diambil untuk air kering sepenuhnya


Pembolehubah yang dimalarkan : Isipadu air setiap bekas


Bukanlah ingin membicarakan lanjut sanagt pasal eksperimen ni, tapi dalami soalan kat bawah ni betul-betul:

Definisikan "kadar penyejatan" secara operasi.

Bagi golongan yang memahami maksud "definisi secara operasi" mereka tahu bahawa kadar penyejatan dapat dilihat, secara operasi, atau melalui eksperimen dapat diketahui melalui masa yang diambil untuk air kering sepenuhnya. Namun, soalan tetap tak jadi masalah buat pelajar yang tak tahu apa benda definisi secara operasi kerana mereka akan sediakan template kat bawah ni untuk pelajar guna, walaupun apa saja istilah yang disuruh untuk didefinisikan:


[Istilah yang ditanya] ditunjukkan melalui [pembolehubah bergerakbalas]

Kerja pelajar hanyalah mengisi ruang dalam bracket dengan perkara yang disuruh untuk diisi. Perkara ni merupakan satu bukti jelas pencabulan ilmu yang berlaku. Jika inilah yang diajar kepada anak murid, maka merka sampai mati, selagi tidak diperbetulkan, akan menyagka definisi secara operasi itu maknanya pemboleh ubah bergerka balas. Mereka gagal difahamkan dengan pengertiannya yang sebenar iaitu dengan menyandarkan definisi sebenar istilah tersebut berdasarkan eksperimen. 

Timbul satu lagi tanda tanya, macam mana cikgu boleh berani bagitau anak murid kene jawab camtu untuk semua jenis soalan camtu sedangkan definisi secara operasi tak semestinya berdasarkan pembolehubah bergerakbalas semata-mata? Tak perlulah dijawab persoalan tu sebab memang soalan tu direka supaya definisi secara operasi memanglah pembolehubah bergerakbaklas. 


Subjek kritikal seperti matematik tambahan sememangnya sukar untuk dicari di mana relevannya untuk dipelajari silibusnya. Maka dengan itu, kerja projek diadakan untuk dijalankan oleh pelajar supaya pelajar dapat mengetahui di mana signifikannya belajar matematik. Namun, hasilnya tetap hampa. Kenapa? Sebab pelajar bleh cari model jawapan yang dipos merata-rata di internet. Guru pula gagal ambil peranan menyelia kerja projek yang dijalankan.


Dapam membuat laporan kerja amali (PEKA) pula, kalau eksperimen yang dijalankan gagal mencapai hasil yang dikehendaki kerana ralat tertentu, pelajar akan ambil jalan mudah dengan menyalin saja repot PEKA dalam buku rujukan yang tidak terkawal kandungannya. Ini menyebabkan semanagt tidak berputus asa dalam bereksperimen dan mengkaji gagal dicapai. Sekaligus akan menghasilkan pelajar lembap dan tidak berdaya saing.


Walaupun buku teks mungkin terlalu banyak "teks" dalamnya, buku teks banyak mengajak pelajar berfikir, jika dikaji betul-betul gaya penulisannya. Walaupun noitanya kadang-kadang terlalu panjang berjela-jela, kalau cikgu betul-betul memandu pelajar untuk mengajar menggunakan buku teks, minda pelajar akan terbuka untuk mengkaji ilmu sebagai ilmu itu sendiri, bukan untuk mendapat markah dalam exam. 


Ini baru sedikit sahaja daripada contoh yang didedahkan dalam pencabulan nilai ilmu yang berlaku sekarang ni. Adakah kita yakin bahawa dengan mengajar dan belajar sebegitu rupa akan mampu melahirkan golongan professional yang berintegriti tinggi? Adakah sama skema peperiksaan fizik dengan masalah dalam kejuruteraan yang hadir secara spontan? 


Sebenarnya, tak salah memandu pelajar melalui skema peperiksaan kerana secara jujurnya, saya sebagai pelajar lebih senang study pakai skema kerana ayatnya padat dan komprehensif. Namun, janganlah "disogok" pelajar dengan markah. Janganlah mengajar anak murid mengejar markah. dan kalau boleh, jangan ajar pun anak murid cara nak dapat markah. Tapi, ajarlah mereka kepentingan sesuatu perkara yang dipelajari dalam kehidupan kita. Walaupun dengan mengajar poin semata-mata lebih kurang sama dengan mengajar anak murid mendapat markah, namun kesan psikologinya sanagt besar.


Nabi bersabda :


"Sesungguhnya setiap amalan itu adalah bersandarkan pada niat. Dan perkara itu akan berlaku mengikut apa yang diniatkan. Jika hijrah seseorang itu adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang berhijrah untuk dunia, untuk kelebihan dunia ataupun semata-mata kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah mengikut apa yang dihajatkannya"

Oleh itu, jika kita mahu melihat golongan professiaonal dan ilmuwan sejati pada masa akan datang, ajarlah mereka belajar dengan semanagat inkuiri, bukan untuk lulus exam semata-mata. Kalau belajar sebab nak aplikasi ilmu untuk memenuhi maslahat ummah, maka seluruh umat manusia akan mendapat manfaat daripada ilmu yang dipelajari. Jika ilmu dipelajari untuk dapat markah penuh dalah exam, maka sehingga exam sajalah ilmunya.

Akhirulkalam, belajarlah kerana Allah, bukan kerana exam :

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al-Alaq, Ayat 1-5)

Sekian, assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.


GENERASI ULULALBAB MENCIPTA ZAMAN
























No comments: