Sunday, August 28, 2011

Pos ke-13 : PPSMI perlu diteruskan(???)

(Walaupun ramai orang dah sibuk nak buat persiapan raya yang tinggal tak lebih 2 hari lagi ni, tapi tak apalah, tak salah rasanya kal;au nak berkongsi sedikit sebanyak, kan?

Baru, baru ni, saya terbaca artikel Berita Harian dalam sisipan Sastera (kalau tak silap), tak ingat tarikhnya, yang menyatakan kerajaan tak serius dalam melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selain itu dalam artikel tersebut, dinyatakan juga pendirian Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang mendesak kerajaan memberi pilihan kepada sekolah untuk meneruskan dasar PPSMI memendangkan bagi mereka bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu.

Berdasarkan laman web www.pagemalaysia.org , didapati lebih 90% ibu bapa di sekitar Kuala Lumpuir dan Petaling Jaya mahu dasar PPSMI diteruskan di sekolah anak-anak mereka. Manakala melalui blog Tun Dr. Mahathir, 84% mahu PPSMI diteruskan. Menurut PAGE yang diakatakan mewakili suara ibu bapa, terutamanya di Lembah Klang, Sains dan Matematik perlu diajar sebagaimana kedua-dua bidang itu dibangunkan, iaitu bahsa Inggeris, menurut mereka.

Berdasarkan artikel Berita harian itu juga, dinyatakan kerajaan mungkin akan memberi keringanan untuk memberi pilihan kepada sekolah untuk meneruskan PPSMI. Langkah ini memperlihatkan ketidak tegasan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Apa kata kalau kita tinjau kembali sejarah, kerana sejarah tidak pernah menipu memandangkan sejarah menunjukkan perkara yang telah berlaku. Ketika zaman Abbasiyah (kalau tak silap), pernah diajalankan gerakan penterjemahan besar-besaran yang ketika itu sesiapa sahaja membawa buku untuk diterjemah ke dalam bahasa Arab, mereka akan dibayar dengan emas seberat timbangan buku tersebut. Lebih daripada tu, penterjemahan bukan sahaja dilakukan untuk menterjemah buku dari bahasa sedia ada di Eropah atau Cina atau apa-apa sahaja bahasa yang digunakan ketika itu, gerakan ini turut merangkumi penterjemahan artifak lama termasuk tulisan hieroglif Mesir Purba. Persoalannya, kenapa karya sastera, ilmiah dan sains dari Eropah dan seluruh dunia mahu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab? Kerana mereka itu sendiri orang Arab. Mereka tak ada nak sibuk-sibuk nak buat teks karya ilmiah mereka dalam lingua franca ketika itu seperti bahasa Greek, malah mereka siap buat program penterjemahan besar-besaran karya bahasa lain kedalam bahasa ibunda mereka, agar dapat memberi faedah kepada bangsa mereka sendiri, agar bangsa mereka dapat mengenali ilmu itu sebagai ilmu itu sendiri, bukan sebagai aset bahasa semata-mata.

Malah jika ditinjau balik kerajaan melayu Melaka dahulu, banyak karya, terutamanya yang Islamik diterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Kenapa tidak dibiarkan sahaja orang Melayu Melaka belajar bahasa Arab biar sampai fasih, kemudian biar mereka belajar Islam dengan bahasa Arab, bahasa agama ini diturunkan? Kerana ni mampu memudahkan mereka memahami Islam dengan cara mereka. Ilmu tidak diturunkan tuhan  dalam bahasa tertentu. Ilmu itu ada di mana-mana sahaja. Komunkasi ilmu itu mungkin berbeza kerana yang menemuinya boleh jadi orang yang berlainan bangsanya dengan kita. Tidak hairanlah bahasa mereka lain daripada kita, kerana sememangnya manusia di bumi ini dijadikan pelbagai kaum dan bahasa dan cara hidup tersendiri. Malah bahasa yang berlainan itu pun semua ciptaan tuhan. Belajarlah dengan cara yang dipermudah, jangan disusahkan ilmu kerana itu cara orang ramai. Belajarlah dengan cara kita. Kita tak perlu jadi orang lain untuk pandai dan menguasai dunia. Jepun bguna bahasa mereka untuk sains dan teknologi, German guna bahasa ibunda mereka, begitu juga Perancis. Britain guna bahasa Inggeris untuk sains dan teknologi, semua bangsa-bangsa yang maju ini menggunakan bahasa ibuda mereka. Amerika Syarikat dan Britain mungkin maju dengan menggunakan bahasa Inggeris, namun itu bukan persoalannya. Isunya sekarang ini ialah penggunaan bahasa ibunda.

Apabila semua atau sekurang-kurangnya hampir semua rakyat sesuatu bangsa percaya akan potensi bahasa ibunda mereka, tidak patut wujud soal tiada peluang pekerjaan atau kemandulan minda. Yang penting, kepercayaan terhadap potensi bahasa ibunda perlu diterapkan dari kecil agar tidak lagi wujud generasi ibu bapa yang takut atau fobia membenarkan anaka mereka mempeljari ilmu dengan bahasa mereka sendiri, dan tidak lagi wujud golongan ibu bapa yang tidak suka bercakap dalam bahasa ibunda mereka sebagai alat komunikasi bersama keluarga, seperti yang wujud sekarang.

BAHASA MELAYU YANG SELALU BERUBAH

Tadi kita sibuk mempersoalkan betapa murid-murid sekolah di Malaysia mungkin tidak mampu, sekurang-kurangnya secara optimum, belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apa kita kita pertimbangkan satu lagi sisi pandangan, yakni tentang sejauh mana orang Malaysia menguasai bahasa Melayu yang standard?

Untuk diperingatkan, saya bukanlah sebaris dengan sebarisam dengan seoran YB yang mendakwa DBP kemandulan minda kerana gagal mencari istilah baru yang lebih asli, katanya. Tapi ini berkaitan standard struktur dan ejaan bahasa Melayu yang walaupun disedari bukanlah sering berlaku, tetapi perubahan yang berlaku cukup signifikan sehingga membolehkan saya untuk mengatakan bahasa ini agak kerap berubah.

Kalau benarlah DBP kemandulan minda, bagaimana sehingga kini strukturnya selalu berubah? Tentulah inin usaha DBP bagi menyesuaikan bahasa Melayun dengan penggunaan semasa. Namun isunya, perubahan inilah yang membuatkan terdapat beberapa pihak yang rimas mahu menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Contohnya, saya sempat melihat sebuah buku sains peringkat menengah, rasanya buku teks 60-an, yang menggunakan istilah bahasas Melayu yang sudah ditukar istilahnya, seperti "kalsium kelorid kontang", sekarang ialah "kalsium klorida kontang", "salodarah" dan "kajian hayat" yang sekarang masing-m,asing ialah "salur darah" dan "biologi". Sedangkan dalam bahasa Inggeris istilah-istilah tersebut ialah "anhydrous calcium chloride", "blood vessel", dan "biology", tidak pernah lagi berubah sehingga sekarang. Tidak hairanlah jika ada pihak yang berani bersuara mempersoalkan kedibiliti dan kepraktikalan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

ALAHAI PEMIMPIN

Saya teringat guru bahasa Meyu saya pernah berpesan agar jangan gunakan istilah baru yang diungkapkan oleh pemimpin negara seperti 'glokal' kerana tidak atau masih belum disahkan DBP. Persoalannya di sini, siapa yang kemandulan minda? Ataupun sebenarnya, golongan pencipta istilah baru ini tidaklah kemandulan minda, namun mereka terlalu kreatif, sehingga melupakan standard bahasa kita yang sentiasa perlu dijaga, lebih-lebih lagi oleh pemimpin kerajaan. Kalau pemimpin sibuk nak reka istilah baru, pinjaman pula tu, macam mana kita nak yakinkan bahasa kita sudah cukup relevan?

RESOLUSI


Oleh itu, DBP perlu mencari jalan agar bahasa Melayu terjamin kerelevannanya. Ubahlah mengikut keperluan yang benar-benar mendesak sahaja. janganlah terlalu tunduk pada pemimpin jika benar-benar kualiti bahasa Melayu diutamakan.

Kerajaan pula perlu lebih giat meyakinkan PAGE dan PIBG yang membantah MBMMBI bahawa program ini bukan sahaja bertujuan mengembalikan maruah bahasa Melayu, tetapi juga mengembalikan maruah bangsa Malaysia dengan memperkasa penguasaan bahasa Inggeris. Selain itu, kerajaan juga perlu lebih banya meyakinkan MBMMBI tidak akan menimbulkan masalah apabila pelajar melangkah ke alam Pra-U mahupun IPT.

Bahasa bukanlah pengahalang kejayaan. Malay, bahasalah yang merintis kejayaan, asalakan kita tahu bahasa apa-apa yang patut kita gunakan, bagaimana kita gunakan dan bagaimana kita merperkasa bahasa tersebut. Ilmu dikuasai, bahasa dikuasai, aset dan identit negara terjamin. Akhirnya, semua menang.