Friday, July 22, 2011

Pos ke-12 : Pemikiran Lembab Pelajar Muslim yang Menyusahkan Islam.

Agak malang untuk Imtiaz Dungun kerana setiap kali kerja projek (project work) matematik tambahan diumumkan, imtiaz Dungun selalunya akan dimaklumkan lebih kurang lewat hampir sebulan dibandingkan sekolah lain. Dalam keadaan macam ini, biasanya ramai pelajar yang akan cari jawapan penuh dari internet kerana ramai sebenarnya pelajar yang telah menyiapkan kerja projek kerana mereka telah mendapat tugasan ini lebih awal. Hakikatnya, ramai juga pelajar yang tahu awal tentang tugasan ini tetap mahu menunggu jawapan penuh dari pelajar lain kerana terlalu malas. Nasib baiklah kerja projek ini cuma melibatkan markah trial sahaja.

Sebelum meneruskan cerita kerja projek ini, sukalah penulis ingin mengajak pembaca budiman sekalian untuk kita hakimi diri kita, terutamanya yang muslim, tentang kenapa kita belajar. Kalau kita neglect suruhan agama mahupun etika dan nilai moral, kenapa sebenarnya kita belajar? Katakanlah kita belajar supaya ilmu yang dipelajari dapat diplikasi dalam alam pekrjaan akan datang dewasa kelak, rasanya ini lebih logik untuk dipertimbangkan bagi kebanyakan individu kerana itulah yang nampak kesannya dengan jelas.

Menjadikan perkara yang penulis sebutkan sebentar tadi sebagai matlamat hakiki kita belajar (katakanlah), kita pastinya akan berusaha memahami apa-apa yang diajar dengan pemahaman terbaik, sehingga kita dapat mengaplikasi atau sekurang-kurangnya menggambarkan apa uang dipelajari. Dalam peperiksaan awam pula, pastinya kita akan melakukan sehabis mungkin, memberikan yang terbaik agar keputusan yang bakal diperoleh mampu melayakkan kita menyambung pelajaran ke universiti atau jurusan yang dimpikan. Pada titik itu, boleh dikatakan matlamat belajar kita telah tercapai.

Penulis teringat pada awal tahun, guru matematik tambahan kelas penulis kerap memberi latohan setiap kali tamat belajar satu-satu subtopik mahupun bab itu sendiri. Memandangkan subjek ini bukanlah merupakan satu masalah yang besar buat penulis. seringkali penulis merasakan kerja yang diberi amat mudah sehinggakan apabila penulis memeriksa sendiri jalan kerja sendiri, terlalu banyak kesalahan, melebihi orang yang pemahamannya dalam subjek ini alakadar saja.

Namun, kerana mempercayai pemahaman penulis amat mantap dalam subjek ini (ehem), ada rakan yang meminjam buku latihan penulis untuk dijadikannya panduan menyaipakan kerja sekolah yang diberi. Pandai-pandailah teka 'panduan' macam mana yang dimaksudkan. Pada peringkat awal, penulis taklah berapa kisah sangat dengan apa yang dilakukan. Tapi, setelah sekian lama, penulis berasa menyampah dengan perbuatannya, dalam masa sama penulis tetap memberi pinjam buku latihan penulis (pelik, kan?).

Awalnya, kesannya taklah dirasai sangat. Tapi suatu hari, dijadikanlah cerita guru subjek memanggil siapa-siapa yang sukarela ingin menjawab soalan latihan pada papan putih. yang selalu peinjam buku penulis ni pun tulislah jalan kerja untuk jawab soalan tu kat papan putih, iaitu penyelesaian yang penulis buat. Sambil-sambil dia menulis jalan penyelasaian yang bukannya dia punya tu. penulis memeriksa jalan penyelesaian penulis bersama rakan-rakan yang lain. Penulis pun mula persana salah yang amat teruk dalam jalan penyelesaian yang dibuat, dan itulah yang ditulis pada papan putih. Atas dasar mahu mengelakkan yang menulis tu daripada malu yang teramat sangat, penulis dan rakan-rakan yang lain menyuruhnya memadam semula jalan penyelesaian yang ditulis dan buat jalan penyelesaian yang baru. Yang teruknya, terbuktilah dia salin bodoh-bodoh je. Dahlah salin terus, tak nak cuba fahamkan pulak tu. Kalau la penulis tak check, mesti kantoi yang dia tiru buat keje tu, dahlah cikgu tu sensitif sikit.

Berdasarkan apa yang terjadi tadi gtu, apa sebenarnya tujuan kita belajar kalau perkara sama kita lakukan?
Rasanya kita dapat apply tak apa yang kita belajar kalau cara tu lah kita 'belajar'? Pertimbangkan satu lagi situasi, orang yang sama juga, satu hari dalam kelas PQS, ustazah bagi kerja untuk disiapkan dalam kelas. Nak dijadikan cerita lagi, dia pun jawab la soalan tu, guna pensel. Lepas tu, time bincang ramai-ramai, dia pun perasan dia ada satu soalan yang dia jawab salah. Ustazah suruh tanda dengan pen merah kalau betul atau salah. Tapi dia padam balik jawapan yang salah tu, kemudian dia tulis semula jawapan baru yang betul, kemudian tandakan jawapan yang dia baru tulis tu sebagai jawapan yang betul.

Belajar untuk berbangga?

Kalau renung balik apa yang dilakukan, tujuan dia buat kerja yang diberi hanyalah untuk betul sahaja, dan tujuan dia buat jawapan betul adalah supaya dia rasa puas hati dengan apa yang dia buat, ataupun mungkin dia tak nak terima hakikat dia pun boleh melakukan kesilapan sekali-sekala, ataupun mungkin juga dia nak dilihat sebagai orang yang pandai PQS kerana tak buat walau satu kesalahan pun ketika melaksanakan tugasan.

Hasilnya, apa yang dia dapat? Kalaupun dia betul, ataupun 'kelihatan' betul, bukannya ada orang nak ambik kisah pun sebab ramai je yang betul jawab soalan tu. Bila dia buat macam tu, sebenarnya dia hanya mahu melupakan yang dia pernah buat salah, yang akan menyebabkan dia kurang alert akan kesalahan yang pernah dilakukan.

Berbalik kepada kes kerja projek matematik tambahan tadi, kenapa boleh ramai sangat yang nak tiru bulat-bulat kerja projek orang lain? Kenapa ramai yang takut sangat buat kesalahan? Inilah masanya untuk kita belajar. Melalui praktikal mini nilah kita nak aplikasikan apa yang kita belajar, yang selalunya kita kata admmaths ni takde kaitan dengan kehidupan tu. Macam mana la nak jadi engineer petronas kalau kerja projek addmaths pun nak tiru orang punya? Adakah tugasan diberikan untuk kita tiru dan salin orang punya kerja? Adakah tugasan yang diberi guru adalah untuk dijawab dengan betul semata-mata?

Minda lembab dan pentingkan diri

Lalu, apa kaitannya dengan lembab minda sebenarnya? mari lihat balik kedua-dua kes tadi. Apa yang terjadi tadi sebenarnya adalah berpunca daripada sifat pentingkan diri. Kenapa pentingkan diri pula? Sebab orang meniru biasanya adalah supaya sama ada mahu mendapat result exam yang bagus supaya dapat disanjung orang ataupun sebab nak selamatkan diri sendiri daripada dimarahi ibu bapa.
Jadi, bila salah satu atau kedua-duanya tercapai, tamatlah sudah sebab untuk dia belajar, sebab untuk dia terokai dunia ni.

Jelaslah bahawa orang yang pentingkan diri selalunya tidak mampu berfikiran jauh kerana hanya kesenangan diri sendiri sahaja mahu dipuaskan, tanpa memikirkan akibat yang berlaku pada masa akan datang. Tak lupa juga, orang yang pentingkan diri selau rasa dirinya paling betul dan berfikiran sudah cukup jauh. Tak lain tak bukan, semuanya kerana mahu kemahuan diri sendiri yang begitu sempit skopnya dalam umat ini mahu dipuaskan.

Pertimbngkan satu lagi contoh, pada satu malam selepas isyak, penulis dan rakan-rakan perlu menghadiri satu program motivasi oleh kaunselor smk sri dungun. Adalah seorang rakan penulis bertanya perlukah pakai kasut pada malam itu. Saya pun jawablah ya. Dia pun balas,"Buat apa pakai kasut hari ni? Hari ni kan hari Selasa, hari prep yang tak perlu pakai kasut. Lagipun esok cuti,". Saya diam saja, tak nak cakap banyak pulak dengan kawan saya yang sorang ni. Memanglah selasa tak perlu pakai kasut dan esoknya cuti, satu lagi sebab untuk tak pakai kasut. Tapi, takkan la takleh fikir, program dengan orang luar kot. Mestilah kita nak tunjuk kemas. Yang tu pun tak boleh nak fikir.

Sebab tu lah dikatakan orang jenis ni pentingkan diri sendiri, sebab dia rasa dia betul sangat dan dia rasa dia dah fikir cukup jauh, padahal dia hanya fikirkan kesenangan diri sendiri, dah lupa imej sekolah letak kat mana.

Menganiaya orang lain

Teringat lagi satu cerita, ketika suatu hari perhipunan bulanan, mpp membuat pertaruhan dengan menyusun  kerusi untuk perhimpunan supya semua pelajar tak perlu berdiri mahupun duduk atas lantai. Entah kenapa tiba-tiba, pelajar banat tak cukup kerusi, gelabah mpp dibuatnya. Penulis bertanya kepada mpp lain, kenapa barisan tengah dikosongkan? Katanya barisan tengah untuk mpp duduk, barulah lawa sebaris nampak kunig. Ok, takpe, kita cuba cari jalan lain untuk selesaikan masalah tak cukup kerusi ni.

Nak dijadikan cerita lagi lagi, banat pun dah cukup kerusi. Mudir pun dah hampir nak masuk dewan untuk perhimpunan. Namun, mpp masih belum penuhkan barisan tengah, yang katanya tadi dikhaskan untuk mpp sampai tak nak bagi orang lain duduk. Mudir pun masuk dewan, dalam masa yang sama kerusi yang dikhaskan masih belum dipenuhkan, termasuk KP sendiri pun tidak mahu duduk di barisan yang dikhaskan. Ada juga mpp yang kelihatannya terlalu pentingkan diri apabila menukar kerusi barisan tengah dengan kerusi biasa kerana mahu duduk atas kerusi yang dikhaskan, tapi tak mahu duduk di barisan tengah.

Lihatlah, dahlah pentingkan diri, tak mahu beri orang lain sampai menyebabkan orang lain kesusahan, lepas tu tak guna pulak apa yang kita tak bagi kat orang lain! Dengan barisan kepimpinan pelajar muslim yang memelihara al-Quran seperti ini, mampukah budaya cemerlang diperlihatkan? Gabungan kelembapan pemikiran barisan kepimpinan dan anak buah yang dipimpin tak akan membanggakan ummah, malah memalukan Islam sahaja.

Tidakkah kita lupa prinsip Islam yang sentiasa memberi dan mementingkan kesenangan sejagat melebihi kepentingan diri sendiri?Nampaknya kita lupa yang hidup kita adalah untuk melengkapi antara satu sama lain, bukannya untuk menyiapkan kain sendiri sahaja.

Fikirkanlah untuk semua

Sentiasalah ingat, hidup bukanlah untuk dibanggakan. Apa gunanya bangga kalau tak mampu nak buat apa yang dibangga-banggakan? Apa gunanya memenuhi kemahuan sendiri kalau yang dipimpin menderita kesusahah? Tak lain tak bukan, semua ini hanya menunjukkan betapa jumud dan lempabnya pemikiran kita kerana hanya berfikir dalam skop diri sendiri sahaja.

Belajarlah untuk memberi kesengan kepada orang lain. Belajarlah untuk kefahaman diri, bukan untuk dipuji orang. Dan akhirnya, belajarlah untuk menlengkapi kekurangan antara satu sama lain, agar potensi ummah dapat dibangunkan.

Tiada runginya kalau orang lain mendahului kita dalam kejayaan. Yang pasti, jika kita ikhlas, pasti kita dapat merasai sama manisnya kejayaan itu.