Saturday, June 20, 2015

"Up": Mengembara itu ialah bercinta lagi!

Baru-baru ini, saya telah menonton ulasan filem Pixar terbaharu, "Inside Out" oleh Chris Stuckmann. Berdasarkan gambarannya, "Inside Out" banyak mempersoal krisis dan dilema perasaan dalaman yang diahapi, secara spesifiknya adalah ketika mana kita mula melonjak remaja memasuki alam dewasa, alam yang banyak mendedahkan kita menjelajah makna kewujudan dan menilai erti diri ini.

Studio animasi milik Disney hampir konsisten dengan kemampuan membuatkan penonton berfikir dan mengunjungi lubuk emosi yang mengubah cara kita melihat situasi selepas menonton karya-karyanya. Sudah tentulah semua maklum, Pixar juga antara studio animasi terbaik per teknologi dan kemahiran rekaan animasi mereka sendiri. 

"The Incredibles" antara adiwira yang saya kagumi. Mungkin kerana kurang terdedah dengan watak DC dan Marvel ketika itu. [Kredit]


Filem Pixar pertama yang saya tonton ialah "The Incredibles"; ketika itu saya berumur 10 tahun.  Mungkin kerana masih kanak-kanak, maka ketika itu saya sekadar menikmatinya sebagai animasi yang hebat, sedikit komedi dan sudah tentunya gandingan keluarga adiwira Bob Parr yang begitu mengagumkan.

Meniti usia remaja, karya animasi masih lagi saya nikmati kerana sifat animasi itu sendiri hampir jarang membosankan, mungin juga kerana masih dalam transisi kanak-kanak - remaja - pradewasa mka masih lagi minat kartun-kartun. 

Cuma ketika remaja pada Tingkatan 3, ketika itu di Putrajaya, saya telah berjinak-jinak menoton wayang. Ketika itu saya sendirian menonton filem "Up", satu lagi karya Pixar yang saya tonton.  

Lazimnya, karya animasi dan karya yang mempunyai kesan khas jarang dapat menduduki pencolanan akhir Filem Terbaik untuk Academy Awards kerana mungkin keunikan itu sukar diletakkan dalam filem animasi dan selalunya dikaburi dengan kesan khas berbanding nilai itu sendiri. Namun begitu, "Up" berjaya menduduki kategori ini dan bergandingan bersama calon-calon agung yang lain seperti "The Hurt Locker", "Avatar", "District 9", dan "Up in The Air" selain memenangi kategori Filem Animasi Terbaik dalam Academy Awards ke-89. 

"Up" membawa pulang Anugerah Filem Animasi Terbaik di Academy Awards ke-89 selain bergandingan bersama "Avatar" dan "The Hurt Locker" sebagai calon Filem Terbaik. [Kredit]


Seperti biasa, jika karya itu berjaya menduduki pencalonan Filem Terbaik Oscar, sudah tentunya adalah kerana kemampuannya membuatkan penonton mendalami emosi pencipta karya-karya tersebut. Dan sememangnya "Up", untuk rekod saya sendiri merupakan Filem Animasi Terbaik yang pernah saya tonton setakat ini.

Walaupun ketika itu merupakan musim cuti dan minggu pertama tayangannya, dewan tayangan di GSC Alamanda Putrajaya ketika itu tidaklah penuh; jika ada pun yang dewasa menontonnya, tidaklah begitu ramai kanak-kanak. Filem ini sendiri, jika ditanya pada rakan-rakan seusia saya ketika itu tidaklah masuk koleksi kegemaran mereka pun. Tetapi satu yang saya tidak akan lupa ialah kemampuannya menyentuh hati sekian ramai penonton dalam dewan itu dan saya sendiri. Takkan saya lupa ada kedengaran agak keesak-esakan apabila tiba babak akhir yang memaparkan Carl dan Rusell. 

Mengisahkan tentang Carl Fredricksen yang ingin meneruskan cita-cita yang dikongsi bersama isterinya, Ellie yang telah meninggal dunia untuk mengembara ke Paradise Falls. Pengembaraannya yang sangat imaginatif dengan mengapungkan rumahnya mengunakan beratus-ratus (malah mungkin ribuan) belon secara tidak sengaja disertai bersama Rusell, seorang murid sekolah yang bersemangat mahu mengumpulkan koleksi pin dan sebelumnya telah mendekati Carl bagi menuntut pin bagi "membantu warga emas". 

Pengembaraan mereka pada mulanya hanyalah diniatkan Carl sebagai suatu dedikasi cinta terhadap isterinya. Setelah krisis melanda mereka apabila mereka bertemu pengembara lagenda, Charles Muntz yang dipulaukan setelah memalsukan rangka sejenis spesis burung yang dinamai Kevin oleh Rusell, di situlah Carl, pada usia tidak kurang 60-an itu menggagahkan dirinya untuk bersama-sama Rusell menyelamatkan Kevin daripada menjadi mangsa pengembaraan Muntz yang kejam dan akhirnya mencipta memori baharu bersama Rusell.

Jika anda banyak mennton filem indie Hollywood, anda akan dapat mengesan banyak sifat-sifat sama yang digunakan dalam filem ini. Tidak terlalu banyak dialog, skor muzik yang memberi suasan penuh emosi dan penelitian terhadap momen-momen bagi mendalami perasaan pelakon itu sendiri. Lebih mengagumkan ialah lakon layar ini merupaka sebuah animasi!

Selain menghargai idea karyawan mengilhamkan rumah diterbangkan ratusan belon helium, filem ini memberi banyak ilhma dan mempersoal posisi kita dalam hidup ini; tentang perasaan kita terhadap orang yang aling kita sayangi, tentang pengorbanan, kesucian cinta dan peluang kedua, ketiga dan peluang-peluang lain yang terbuak untuk kita yang tak terhingga banyaknya dalam kehidupan kita.

Babak permulaan ringkas filem ini iaitu perkembangan hubungan cinta sepanjang hayat Ellie dan Carl sudah cukup memberi "amaran" bahawa filem ini lebih matang berbanding apa yang kebanyakan kita akan sangkakan. Walaupun mereka dipertemukan atas minat pengembaraan pada masa kanak-kanak, namun cinta mereka yang membuatkan hubungan mereka berkekalan dan realistik mengikut kematangan mereka. Walaupun tanpa dialog, mesej yang ingin disampaikan iaitu kedalaman cinta Carl terhadap Ellie cukup meyakinkan kita memahami kedegilan Carl dalam babak-babak seterusnya walaupun babak-babak awal ini adalah tanpa dialog.

Dipaparkan secara tidak langsung, Carl yang makin tidak keruan atas sebab kerinduannya yang teramat sangat terhadap Ellie "dicabar" oleh Rusell, seorang anak kecil yang secara membuta tulinya amat optimistik dan sentiasa ingin tahu dan amat dahagakan kasih sayang dan manusia (malah binatang lain) untuk disayanginya. 

Sepanjang pengembaraanya yang banyak disakat Rusell, mereka secara tidak langsung mengikat ikatan antara satu sama lain dan mengisi ruang kosong kesunyian mereka; seolah masih ada lagi untuk diambil berat oleh Carl setelah Ellie.

Sememangnya atas alasan fitrah manusiawi, Carl pada awalnya sedaya upaya menyelamatkan Kevin daripada menjadi ratahan rakus Muntz, mula bertarung dengan niat asalnya yang ingin merealisasikan impian Ellie dahulu. Tewas dengan niat asalnya, dia telah meninggalkan Rusell bersendirian yang masih optimis dan tegar mengorbankan diri bagi menyelamatkan Kevin.

Mengingati kembali Ellie, Carl membelek semula buku skrap pengembaraan Ellie sejak kecil lagi. Bahagian separuh belakang yang ditinggal kosong selama ini oleh Ellie iaitu bahagian pengambaraan yang diimpikan Ellie selama ini ditinggal kosong, sebenarnya telah ditampalkan dengan banyak kenanangn hidup bersama Carl, menggambarkan kebahagiaan yang dikecapinya bersama Carl itu sendiri sudah cukup menjadi "pengembaraa" bermakna sepanjang hidupnya, walaupun bukan impian asalnya iaitu memindahkan rumah kelabnya di Paradise Falls di Amerika Selatan. Diakhiri dengan "Teima kasih atas pengembaraan ini. Pergilah, carilah pengembaraan yang baru!" memberi semangat aru buat Carl untuk sekali lagi mencintai dan sekali lagi berkorban selain membuatkannya percaya masih ada lagi insan di luar sana pengembaraan; pengembaraan yang Ellie inginkan hakikatnya bukanlah seliteral pengembaraan hutan dan gunung-ganag meredah bahaya. 

Itulah dia, "pengembaraan" meneganl manusia dan mempercayai wujudnya seseorang dan sesuatu yang berbaloi kita habiskan seluruh hayat bersama mereka, dan kerana mereka. Dengan semangat inilah Carl membantu Rusell menyelamatkan Kevin dan akhirnya dibayar dengan peninggalannya iaitu rumah tempat tinggalnya bersama Ellie yang juga rumah tempat mereka menjalin ikatan kasih seumur hidup mereka. Hal ini juga menjadi simbolik kepada Carl yang kini telah mampu meneruskan hidup  tanpa dibayangi kesedihan menrindui Ellie, pada masa yang sama masih membawa bersama cinta dan semangat "pengembaraan" Ellie.

Dalah hidup kita, banyak yang kita impikan ketika kecil, seolah-olah segalanya mampu dicapai. Kita jarang bersedih malah boleh berangan-angan menjadi Superman, bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan doktor, mengubah dunia dengan tangan sendiri dan banyak lagi impian imaginatif yang lain. Walaupun kita mungkin tidak ingat, kita sebagai kanak-kanak dahulu sangat menyayangi dan ingin disayangi walaupun pemahaman kita terhadap kepentingan kasih itu tidak seperti kita dewasa.

Anehnya, meningkat dewasa, kiat semakin matang dalam pertimbangan namun seolah-olah keinginan kita terhadap cinta tidak semekar sewaktu kanak-kanak. Bagi golongan tua pula, kasih antara suami dan isteri amnya tidaklah seperti mana ketika muda remaja dan ketika mula-mula berkahwin dahulu,

Kita makin mempertimbangkan betapa pentingnya hidup dalam realiti ini setelah "kecewa" mengetahui bahawa diri ini bukan dari Krypton yang mampu menahan asakan dari segenap penjuru dan setelah mengetahui betapa sukarnya ingin mempengaruhi manusia bagi memperoleh tempat di mata masyarakat.

Dalam menjalani realiti, kita seolah-oleh terlupa bahawa pengembaraan itu tidak semestinya melakukan sesuatu yang luar biasa yang jarang dilakukan. Dalam hidup sehari-harian juga, setiap keputusan dan risiko yang kita ambil juga hakikatnya ialah pengembaraan. 

Fitrah jua ialah kesedihan yang sering melanda tatkala kehilangan sesuatu dan seseorang yang kita amat kasihi. Mencari ganti seolah-olah mustahil, setelah apa yang kita korbankan demi apa yang telah diambil atau hilamg daripada kita. 

Sungguhpun begitu, dalam kita cuba mengisi ruang kosong dalam hati yang tak mungkin mampu terisi kembali, ramai lagi di luar sana yang ruang kosong mereka masih belum pernah diisi pun malah mereka sendiri masih mencari. Dengan sentiasa mencari cinta yang wujud di depan mata kita, kiat tidak pernah pun meninggalkan kasih yang telah pergi.

Benar, kasih itu telah pergi, tapi hanya jasadnya, bukan rohnya. Membenarkan sesuatu atau seseorang yang lain mengisi ruang kita, walaupun tidak sama dengan sebelumnya bukan sahaj memberi ketengan diri malah menguatkan lagi kasih terhadap yang telah pergi. 

Kerana hakikatnya yang telah pergi itu, andai dapat mereka memberitahu kita yang bersedih di sini, akan mengucapkan pada kita yang kecewa ini, "Pergilah, bercintalah sekali lagi!"

Jika anda menonton Up ketika sekolah dahulu dan berasa bosan kerana kurang kesan lawak mahupun animasi aksi yang mencabat, cubalah tontoni sekali lagi apabila anda yakin telah cukup memahami betapa payahnya mencari erti kewujudan ini dan betapa peritnya mencari ruang cinta daripada yang telah pergi mahupun yang masih hidup. 

Maka tidak hairanlah jika pada tahun 2009, karya ini dinobatkan setanding dan sama handal dengan filem lakonan pelakon mantap dalam "The Hurt Locker", "Up in the Air" dan "Avatar"; bukan semata-mata kerana animasinya naun kerana kemampuannya membuat kita merenung kembali dan menyelami perasaan yang jauh tersimpan dalam lubuk hati kita.


Nantikan karya terbaru Pixar, "Inside Out" di pawagam Malaysia Ogos ini!