Friday, April 29, 2011

Pos ke-10 : Berjuanglah imtiaz untuk masa depan yang lebih cerah!

Saya sekarang ni kat Imtiaz Besut, SBT pertama di Terengganu. Dan saya menaip pos ni kat imtiaz Besut.

Untuk tahun ni, ni la 1st time saya datang imtiaz besut, kebetulan nak balik kampung. Memang dah jauh sangat bezanya. Kalau dulu pun dah nampak kelas, sekarnag ni lagilah kelas! Sana sini ada banner. Komputer pun dah tukar baru. Internet pun dah laju sangat!

Memang beza. Sebak kalau teringat balik zaman dulu. Bukan sebak sebab sedih, tapi sebab terharu. Rasa bangga sangat sebab pernah jadi sebahagian dari warga imtiaz besut yang pernah bersama-sama berjuang dalam menaikkan dan menggemilangkan imtiaz sehingga ke tahap ni. 

Teringat lagi waktu mula-mula masuk imtiaz 2007, masa mula-mula form 1 dulu. Waktu tu, ayah saya daftar saya akhir 2006 lagi, takut tak sempat nak daftar tahun 2007 sebab nak pindah sarawak. Waktu daftar je, tahu-tahu imtiaz besut punya GPS PMR 2006 cuma 1.8-1.9, lebih kurang tu jer. Bila family dapat tahu je, semua time tu cam tak yakin nak masukkan saya ke imtiaz besut. Saya sendiri pun tak yakin mana. Tapi, kerana al-Quran, saya sanggup 'berkorban'.

Namun, semuanya mula berubah. Sinar mula kelihatan. Generasi PMR 2006 telah berjaya mencorakkan kembali sejarah imtiaz yang pada asalnya memang dari besut. Geng2 Enida berjaya menurunkan GPS sampai jadi lebih kurang 1.1 lebih je. Kecemerlangan ni diteruskan dengan batch PMR 2008 dengan GPS 1.10. Tibalah masanya batch 2009, batch saya sebagai penentu sama ada imtiaz besut mampu terus cemerlang atau tidak. Kalau diikutkan dari trek TOV, GPS PMR time tu cuma 2.0 lebih, yang paling corot antara imtiaz dan paling corot dalam sejarah imtiaz Besut sendiri. Mengingatkan balik sejarah TOV dan kitorang batch pertama yang ada dua kelas (sebelum ni satu form satu kelas), memang agak mustahil.

Mustahil tak mustahil, GPS imtiaz Besut terus menurun ke 1.07, menjadikannya terbaik di Terengganu dan no. 1 sekolah menengah agama Malaysia! Betapa tak sangakanya kami bila dapat tahu yang kami secemrlang tu! Syukur alhamdulillah. Ni membuktikan imtiaz besut cemerlang bukan kerana pelajar sedikit kerana calon 2009 adalah lebih ramai daripada 2008. Pada 2010, imtiaz Besut terus cemerlang dengan GPS 1.04! Wow! Walaupun tak jadi no.1 Terengganu, mereka tetap telah meningkatkan prestasi imtiaz Besut. Peningkatan sejak 2007 inilah yang saya yakin, merupakan asas pemilihan imtiaz Besut sebagai SBT no.1 2011. Sebagai ex-student, walaupun saya tak sempat merasai kemudahan baru di imtiaz Besut, saya tetap bangga kerana pernah terlibat sama dalam menaikkan nama imtiaz dan nama penghafaz al-Quran, amnya.

Teringat lagi waktu form 1 dulu. Kalau terserempak dengan kawan2 yang belajar kat SBPI, rasa rendah diri jer. Kalau orang tanya "adik sekalah kat mana?", serba salah rasanya nak jawab. Tapi sekarang, alhamdulillah, imtiaz kini mula menjadi penanda aras kecemerlangan bagi banyak sekolah. Kita kini mampu bersaing dengan sekolah berasrama penuh dan mrsm lain. Kita mampu membuktikan al-Quran dan akademik mampu dibawa seiringan.

Buat Imtiaz Kuala Terengganu,
Kecemerlangan dalam SPM 2010 telah menaikkan semangat calon SPM imtiaz. Teruskanlah perjuangan anda. Anda pasti mampu lakukannya!

Buat Imtiaz Kuala Berang,
Kecemerlangan dalam PMR 2010 sememangnya tidak dapat disangakal lagi. Teruskanlah perjuangan. Kejarlah 1.00! SPM anda, walaupun dari segi GPS anda terkebelakang dari imtiaz lain, peningkatan 1.00 anda amat menabjubkan! Anda sememangnya bermotivasi tinggi, buktikan yang anda mampu lakukan!

Buat Imtiaz Besut,
Diangkat sebagai SBT bermakna tanggungjawab anda selapas ini adalah lebih besar. Jangan terus diulit mimpi indah. Kekalkan momentum kecemerlangan anda, walau saiz tak mengizinkan!

Buat Imtiaz Dungun,
Anda sememangnya terkenal sebagai peneraju sahsiah unguul dalam kalangan imtiaz. Jangan biarkan nama baik anda tercemar. Walau apapun yang telah berlaku pada masa lepas, biarkan ia berlalu, bukalah lembaran baru. Kita mesti buktikan yang kita juga mampu!

Ayuh, teruskanlah perjuangan kita, biarpun kita di tahun akhir. Berjuanglah untuk generasi seterusnya, agar mereka tidak malu malah bangga untuk terus berada di imtiaz.

Ingat, Peperiksaan pertengahan tahun semakin menghampiri. Janganlah terus lalai, bangkitlah berusaha. Tak kira siapa kita sekarang. Yang paling penting, fikirlah apa yang perlu kita lakukan sekarang!







No comments: