Friday, April 1, 2011

Pos ke-8 : Belajar bahasa tak guna buku teks???

Assalamualaikum. Lama jugak tak pos kat blog ni. cam takde masa rasanya. dapat gak pos kat blog ni akhirnya.

Bukan nak cakap benda yang serius sangat. Tapi, kene ambik perhatian jugak la oleh cikgu-cikgu, terutamanya cikgu yang mengajar subjek bahasa.

Aku teringat zaman sekolah rendah kat Rawang, Selangor dulu, kalau belajar apa-apa subjek pun, medium utama dia mesti buku teks, termasuklah belajar bahasa. Aku pun pindah la K. Terengganu, waktu tu aku darjah 4.

Ada satu kelainan pembelajaran yang terjadi. Subjek bahasa tak lagi belajar pakai buku teks. Waktu tu aku bukan nak fikir sangat pun pasal buku teks ke tidak. Yang penting, UPSR 5A. waktu tu la. Tapi, sekarang ni, aku pun dah form 5. banyak yang aku perasan dan belajar sejak aku dok Terengganu dari darjah 5 dulu. Pelajar Terengganu mungkin sentiasa mengungguli gred purata UPSR dan PMR hampir setiap tahun. Namun, kemahiran komunikasi dalam bahasa standard dan idea yang disampaikan dalam komunikasi kurang menyerlah dan menarik. Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf jika apa yang bakal anda baca selepas ni menyakitkan hati pelajar mahupun guru, khususnya pelajar dari pantai timur.


 Saya tak pasti apa yang terjadi kat sekolah lain. Tapi kat sekolah saya, subjek bahasa, terutamanya bahasa Melayu dan Inggeris, tak diajar guna buku teks. Matlamat pembelajarannya kelihatan sengang, asalkan tahu nak skor dalam exam, lulus la tu.  Komunikasi? Lisan? Nasib baik ada ujian lisan (ULBS). Boleh la jugak nak ukr sejauh mana boleh bercakap, kebolehan bahasa. Namun, sebenarnya, ULBS yang diajalankan kat sekolah pun sebenarnya tak boleh jadi pengukur sebenar kebolehan lisan. Mungkni boleh, dari segi kebolehan bahasa. Namun, kebolehan lisan sepatutnya dinilai dari sudut idea spontan. Pemimpin dan orang hebat bila bercakap ideanya memang hebat. Ideanya datang spontan, tak buat banyak sangat persediaan nak berucap. Kenapa saya komen pasal markah ULBS tak mampu jadi parameter untuk ukur daya kebolehan lisan? Sebab, pelajar perlu menyediakan teks tu terlebih dahulu sebelum buat ULBS tu. 

Pasti timbul satu persoalan dalam minda pembaca sekarang ni, apa kaitan dengan guna buku teks? Boleh dikatakan ada satu kecelaruan minda berlaku dalama kalangan guru yang mengajar bahasa tak guna buku teks. Mereka inginkan anak-anak muridnya mampu menulis karangan dan esei yang hebat dari segi gaya bahasa dan idea. Tapi, brainstorm idea jarang diajalankan oleh cikgu-cikgu kempunan ni. Apa yang penting, kemahuan pemeriksa kertas dipenuhi.

Jadi, semestinya masih dalam benak persoalan pemabaca buat masa ni, apa kaitan idea spontan, brainstorming dengan guna buku teks? Kalau dilihat, sememangnya guru guna juga buku teks. buku teks yang diguna hanyalah antologi dan novel KBSM. Guru yang tak guna buku teks ni, biasanya mereka akan ajar asas tatabahasa sahaj kepada pelajar dan habiskan silibus komsas. Idea nak buat karanagn? cari sendiri dalam majalah. Bagus jugajk sebenarnya kalau pelajar cari sendiri. Tapi, iade pelajar sebenarnya boleh digalakkan lagi kalau guna buku teks.

Kalau diteliti kandungan buku teks subjek bahasa, apay yang diajar bukanlah sekadar aspek tatabahasa, namun banyak kepada isu di sekolah, negara dan antarabangsa. Terdapat juga soalan perbincangan yang menggalakkan perbincangan tentang sesuatu topik. Maka di sini terbukti belajar bahasa bukan sekadar bermakna belajar tatabahasa dan sastera. Belajar bahasa juga bermaksud untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan sekitar dan isu semasa. Perbincangan tentang perkara nilah yang membolehkan pelajar mencambahkan idea bila nak tulis esei. 

Nilah yang kurangnya pembelajaran bahasa kat negeri pantai timur. Hanya gred yang difokuskan. kalau gred subjek bahasa dah agak-agak bagus, bleh la budak-budak ni nak fokus subjek sains plak. Camtu la biasanya. Kalau cara ni diteruskan, terengganu mungkin akan sentiasa menjuarai gred purata exam. Namun, untuk lahirkan pemikir hebat, yang ideanya mencapah-capah, takde can! Jadi, harap kepada pendidik-pendidik, ambil la perhatian sikit pasal perkara ni. Wallauaklam.




1 comment:

Anonymous said...

You insult my ancestors, blasphemer!! Who do you think you are, 'Mr. I Know It All'? Your shallow-minded way of thinking is just disgusting, it's rubbing poo all over our faces. You make judgement because you so proudly came from a 'civilized' place then moved to a 'savaged' land and with arrogance, criticize our ways. Just because you've been to ONE school, which is a NEW school, with NEW teachers, then the rest of Terengganu is the same? That we are fame monsters? Sympathizers who desperately wanting people to acknowledge us?? You're prejudicial and ungrateful. I see you haven't get yourself sterilized.