Friday, April 1, 2011

Pos ke-9 : Cikgu Dahlia, "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"

Assalamualaikum. Ada sesuatu yang saya nak kongsi dengan blogger semua, sedikit quote dari Cikgu Dahlia, Ketua Projek SPM Imtiaz Dungun: "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"

Macam mana dia boleh sampai keluarkan kata-kata tu. Jom ikut dengar sekali citer ni eh. Satu hari tu, Ada la sorang dari konsultan pendidikan, boleh diakatakan. Dia ni lulusan PhD dalam Matematik Tulen kat MIT. Hari tu dia ada datang buat promosi program akademik dia kat imtiaz Dungun. Budak imtiaz dungun confirm mesti kenal dia.

Nak dijadikan citer, pendekatan dia memang kelakar. Kelakar dalam erti kata LUCAH. Dia memang banya guna pendekatan visual, akronim, akrostik. Tapi kebanyaknnya lucah. Waktu dengar first time tu, secara jujurnya, saya dengar memang rasa kelakar sangat, enjoy. Rasa cam nak guna akrostik lucah yang dia recommend, tapi bila tengok balik, gelap hati ni asyik guna benda lucah.

Dalam beberapa minggu lepas program tu, cikgu Dahlia bagitahu dia tak nak dah panggil konsultan tu, sebab mengarut sangat, dalam erti kata porno. Baginya, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Quote ni sememangnya satu yang biasa sangat kita dengar, diambil perhatian, namun jaran dipraktikkan, dalam sedar. konsep menghalalkan cara kat sini bukan sekadar terhad dalam konsep menghalalkan unsur lucah dalam akademik. Ia merangkumi semua perkara haram di sisi Islam yang dihalalkan oleh pelajar mahupun guru.






Sememangnya semua tahu, meniru dan memberi peluang meniru adalah dialarang dalam exam, tak kira tercatat dalam peraturan peperiksaan mahupun tidak, ia sudah sedia termaktub dalam al-Quran, iaitu ayat mengenai azab menipu.

Bukan mahu mengaibkan, namun, jika diingat, sekolah menengah agama terbaik PMR 2009 juga meniru. Macam mana saya boleh tahu? Sebab saya pun calon dari sekolah tu. Lebih tepat lagi, saya pun terlibat sama dalam peniruan tu. Sebelum exam lagi, jangan nak kata pelajar, cikgu pun seolah-olah galakkan meniru. Kalau budak pegi tandas, cikgu siap tunggu lagi kat tandas takut2 budak2 takleh jawab soalan exam, boleh la dia tolong, secara HARAM.

Perasan atau tidak, ni pun sebenarnya salah satu daripada konsep menghalalkan cara? Semengnya ya! Kenapa sebenarnya pelajar masih meniru wlaaupun tahu dosanya? Sebab pandangan dan imej result cemerlang telah menutup bayangan neraka daripada mereka. Ada juga bagi alasan, nak buat mak bapak happy, nak balas jasa cikgu. Memang nabi ada sebut pasal bahagiakan ibu bapa, balas jasa cikgu. Tapi nabi tak suruh, malah tegah lagi menipu. Sukakah kita buat dosa free untuk bahagiakan mak bapak? Perlukah kita tempah tiket free ke neraka untuk balas jasa guru?

Guru juga tuidak terlepas dalam perkara ni. Ada yang time SPM tunggu kat tandas, manalah tau ada budak gi tandas tu takleh jawab, boleh la cikgu ni tolong. Nampaknya, guru pun dah berpakat sama. Patutla GPS exam tahun ni naik ye, seluruh warga sekolah menghalalkan penipuan demi mencapai matlamat menjadi yang terbaik.

Hasil penipuan ni tak dapat dinafikan manisnya, manisan dunia. Itu sebenarnya cuma hasil jang pendek. Kesannya sememangnya berpanjangan. Golongan inilah nanti bila kat U akan tiru tesis orang. Bila dah kerja pulak mula lah rasuah sana, lobi sini. Kalau tak merasuah pun, golongan ni la yang banyak menganggur nanti. Manakan tidak, apa yang dijawab dalam exam sebenarnya bukan atas pengetahuannya sendiri, dia hanya ambil daripada orang lain tanpa mengetahui dan memahami konsep sebenar.


Apa yang sebenarnya menjadi punca cara ni dihalalkan? Tak lain tak bukan, ni semua sebab pembelajaran yang terlalu exam oriented. Belajar sebab nak skor exam. Bila nak skor exam, usahkan kefahaman, hanya cara nak jawab saja diperlukan. kalu tak tahu nak jawab masa exam, buat apa lagi, tiru la!

Sebagai orang yang memegang title Muslim, tidakkah kita sedar belajar tu merupakan fardu kifayah, merupakan suatu ibadah? bolehkah kita melakukan yang haram dalam proses beribadah? Bolehkah kita berjudi sambil mendengar ceramaha agama? Jawablah sendiri. Jika benar pembelajaran kita betul-betul berdasarkan konsep ibadah kepada Allah, pelajar akan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dengan jasad sendiri dengan sedikit pertolongan daripada guru. dengan meniatkan niat belajar kerana Allah, seseorang akan sedar, menipu dalam berguaru pun boleh menyebabkan dosa, apatah lagi menipu dalam sedar.

Sudah cukup Islamkah kita sebenarnya. Tak payah kata berani atau tidak pergi jihad, cukupla tanya diri sendiri, kita ada tak menipu dalam exam? Mungkin GPS sekolah jadi cemerlang, tapi, sebagai muslim sejati, seronok ke dapat result bagus denga meniru? Seronok sangat  ke dapat result best tapi tertulis pada dahi kita "KAZIB"? Ada yang tolong kawan dia meniru dalam exam sebab nak tengok kawan dia succeed cam dia. Seronok ya nampaknya melihat kawan berjaya denga membelakangi Allah dan Rasul. Betapa kurangnya pemahaman muslim zaman sekarang terhadap ayat al-Quran terjemahannya:

"Bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam kejahatan dan dosa..."

 Renungilah semula, berkatkah keputusan cemerlang yang terhasil daripada penipuan? Semoga semua dapat memuhasabah semula diri, agar kita mampu menjdai muslim yang berjaya, dengan cara yang benar dan telus. Dengan ni la kejayaan sebenar dicapai. Wallauaklam.

2 comments:

akhimuiz said...

fuh, best3x

Anonymous said...

Hello, after reading your blog post, I find it interesting yet insulting. I honestly understand your concern regarding this cheating issue and I myself resent the fact that people who didn't do a 100% original effort of their own gets credit than those who actually did. So please, as another person who is trying to also make a happier tomorrow, I suggest you get sterilized. Trust me, it'll also suck out all that naive part of you and make you more human. That's all, peace out.